Thursday, May 7, 2009

Be Careful...

*got this from shikin through my email...would like to share this with u.....






Wabak selsema babi semakin merebak dan kes disahkan atau disyaki dilapor di sekurang-kurangnya 18 buah negara termasuk Eropah dan Asia. Kematian meningkat kepada 152 semalam berbanding 149 kelmarin.







Mexico : 20 kematian akibat selsema babi disahkan. 132 mati disyaki akibat wabak sama. 1614 kes jangkitan disyaki.





Negara2 disahkan dijangkiti:


Britain : 2 kes disahkan


Kanada: 6 kes disahkan (4 kes disyaki)


Israel : 1 kes disahkan (1 kes disyaki)


New Zealand : 3 kes disahkan (63 kes disyaki)


Sepanyol: 1 kes (26 kes disyaki)


Amerika Syarikat: 44 kes


Thailand : 1 kes





Negara2 disyaki mempunyai wabak:


Australia : 70 kes


Chile : 8 kes


China : beberapa kes (tidak dinyatakan)


Colombia : 9 kes


Denmark : 5 kes


Perancis: 1kes


Hong Kong : 4 kes


Ireland : 3 kes


Jerman: 3 kes


Singapura: 2 kes


Korea Selatan: 1 kes


Sweden : 5 kes


Switzerland : 5 kes





Negara2 jiran yang berdekatan dengan kita yang telah dijangkiti adalah Thailand dan Singapura








Berikut adalah maklumat berkaitan Selsema Babi







Apakah “swine influenza” atau selsema babi”?

Swine influenza atau selsema babi sangat mudah berjangkit sesama babi dan menyebabkan penyakit paru-paru akut di kalangan haiwan ini. Jenis influenza yang kerap menjangkiti babi ialah virus Influenza A/H1N1, tetapi jenis yang lain seperti H1N2, H3N1 dan H3N2 turut berada di dalam badan babi. Virus ini berjangkit di kalangan babi melalui rembesan (aerosol) secara langsung (seperti melalui batuk dan bersin) dan secara tidak langsung (sentuhan pada permukaan tercemar seperti rumput/tanah yang dicemari cecair mengandungi virus ini seperti air kencing, najis, etc.) Ia juga boleh dibawa oleh babi telah terjangkit tetapi tidak sakit (tidak mempunyai simptom).









Apakah kesan virus influenza babi ini kepada manusia?

Walaupun influenza babi biasanya menyerang babi sahaja, namun turut menyebabkan penyakit di kalangan manusia.
Manusia biasanya medapat jangkitan melalui sentuhan langsung kepada cecair badan babi yang sakit seperti rembesan air liur, air kencing dan najis babi. Bagi manusia, simptom-simptom jangkitan selsema babi adalah demam, sakit tekak, sakit otot, sakit kepala, batuk, lemah badan dan rasa tidak selesa . Dalam kes-kes yang lebih serius, selsema babi boleh menyebabkan jangkitan paru-paru teruk yang dipanggil 'pneumonia' yang boleh membawa kepada kematian .

Jangkitan tidak terhad dari babi kepada manusia sahaja malah lebih teruk apabila ia boleh berjangkit dari manusia yang telah mendapat selsema babi kepada manusia lain yang berdekatan dengannya. Jangkitan manusia ke manusia berlaku secara langsung apabila rembesan cecair badan orang yang mendapat selsema babi seperti air liur semasa bercakap, cecair mulut dan hidung semasa batuk dan bersin terkena terus kepada orang2 disekeliling mereka. Atau secara tidak langsung apabila kita tersentuh permukaan seperti meja/tombol pintu/kertas tisu/tangan semasa bersalam yang telah tercemar dengan virus ini.








Adakah kita mempunyai imuniti terhadap selsema babi?

Kebanyakan manusia terutama yang tidak berurusan secara langsung dengan ternakan babi, tidak mempunyai sebarang imuniti terhadap selsema babi . Jadi, kita mudah dijangkiti selsema ini jika kita berurusan atau berdekatan dengan mereka yang telah dijangkiti. Jika berlakunya jangkitan selsema babi sesama manusia, kes akan merebak dengan cepat hingga menyebabkan pandemik atau wabak penyakit influenza virus yang teruk. Ia mungkin melibatkan ramai manusia seluruh dunia mendapat penyakit ini. Kematian akibat kegagalan paru-paru juga akan meningkat.








Adakah vaksin influenza mampu menghalang jangkitan?

Sehingga kini belum mempunyai vaksin khas untuk melindungi manusia dari jangkitan virus selsema babi. Juga tidak diketahui samada vaksin influenza yang diberikan pada manusia sekarang ini mampu memberi sebarang perlindungan.









FASA AMARAN JANGKITAN INFLUENZA seperti SELSEMA BABI:

Ada 6 FASA AMARAN (1 hingga 6) bagi jangkitan influenza.

Fasa 1 - 2 : berlaku jangkitan di kalangan haiwan sahaja

Fasa 3 : Jangkitan berlaku dari haiwan kepada manusia

Fasa 4 - 6 : Jangkitan berlaku dari manusia kepada manusia. Wabak besar (pandemik) berlaku menyebabkan banyak manusia yang sakit dan mati.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan FASA AMARAN ADALAH FASA 4 kerana banyak jangkitan sesama manusia telah dan sedang berlaku . Langkah berjaga2 perlu diambil untuk mengelakkan lebih ramai yang terkena selsema babi.










Oleh itu, PENCEGAHAN ADALAH YANG TERBAIK BAGI MENGELAKKAN KITA MENDAPAT SELSEMA BABI.






Untuk menghalang jangkitan, kita perlu melakukan perkara2 berikut:





1. Elakkan dari berada berdekatan dengan mereka yang kelihatan tidak sihat, mempunyai demam dan batuk.



2. Basuh tangan dengan air serta sabun secara kerap dan menyeluruh terutama sekali jika selepas batuk dan bersin (menggunakan tangan untuk menutup mulut) serta selepas berdekatan/bersalaman dengan orang yang tidak sihat (virus selsema babi dan influenza yang lain akan mati dengan sabun dan bahan pembersih).





3. Tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin dengan kertas tisu dan terus buang tisu tersebut ke dalam tong sampah (jangan ditinggalkan di atas meja)





4. Amalkan tabiat kesihatan yang baik seperti cukup tidur, makan makanan berkhasiat dan senaman untuk meningkatkan/memperkuatkan sistem pertahanan badan.




5. Jika sakit (demam, selsema, batuk, etc.), dapatkan rawatan doktor secepat mungkin dan tinggal di rumah. Elakkan pergi ke tempat kerja dan tempat2 yang ramai dikunjungi orang seperti kompleks membeli belah, taman permainan, kedal makan dll. Rehat secukupnya dan minum air dengan banyak. Pakai penutup mulut (face mask) jika di khalayak ramai.




6. Beritahu keluarga/rakan2/teman sekerja yang anda tidak sihat serta minta mereka membantu anda untuk tugas2 yang memerlukan anda berjumpa orangramai seperti membeli-belah (perlu diingatkan bahawa orang yang sakit mempunyai imuniti badaan yang rendah dan senang dijangkiti oleh selsema babi atau penyaki2 lain)






7. Pastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih dan cuci menggunakan bahan2 pembersih






8. Jika anda ingin mengunjungi negara2 yang telah mempunyai kes selsema babi, dapatkan nasihat doktor, ketahui keadaan kes di tempat yang akan anda kunjungi. Perlu berhati-hati jika kes semakin meningkat. Sehingga kita CDC/WHO/Kementerian Kesihatan/PETRONAS belum mengeluarkan sebarang larangan untuk melawat negara2 yang mendapat jangkitan tetapi elokkan dielakkan buat sementara waktu jika lawatan tersebut tidak/kurang penting.






9. Ketahui perkembangan terkini dengan membaca suratkhabar atau laman web Kementerian Kesihatan/WHO/CDC







Pada 23 November 2008, POD/PGB telah menjalankan Latihan Persediaan Kecemasan Pandemik Selsema Burung (Avian Influenza Emergency Preparedness Exercise). Latihan persediaan tersebut juga bersesuaian dengan persediaan kepada Kecemasan Selsema Babi (Swine Influenza) yang sedang berlaku sekarang kerana kesan wabak kedua-dua jenis selsema ini adalah sama.




(Sumber: WHO, CDC dan Kementerian Kesihatan)






^peace^

2 comments:

  1. org jerman called khinzir @ babi=schwein
    then thats y it called swine influenza..
    org eropah panggil binatang tu lbg kurang sme
    schwein,swine

    ReplyDelete
  2. owhhhh....that's why.....

    terpikir gak nape name die swine influenza...got the answer already....tq2

    ReplyDelete